Want your
own Fotopage?






 
acik's FotoPage

By: acik acik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-Sep-2007 03:03 Email | Share | | Bookmark
Trip to Sabah

Loving couple :-D dalam ERL
Adrena dah sampai KLIA
Beratur nak check in luggage
Adreana with his dear ayah
Pemandangan bandar KK dari tingkap hotel
Smile... seronoknya Adreana jalan-jalan
Adreana Najla buat apa tu?
Ummi n Adreana di Padang SMK All Saints
Tu schoolmates Pakcik la..
View all 18 photos...
Pada pertengahan Ogos yang lepas, saya diberi tanggungjawab untuk menjalankan kajian Kejohanan Bola Sepak dan Hoki Premier bagi membangunkan sistem e-Kejohanan di Kota Kinabalu, Sabah. Mengenangkan Adreana yang masih terlalu muda untuk ditinggalkan ditambah pulak dia seorang FULLY BREASTFED BABY, Adreana Najla telah diberi peluang untuk ikut Umi dan ayah ke Sabah. Walaupun sedih untuk tinggalkan Abang Ariff dan Abang Akeef, Umi anggap ini sebagai satu pengorbanan pada tugas dan perjuangan seorang ibu untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Thanks a lot untuk my hubby tersayang yang sangat memahami... U r the greatest husband in the world, cayang abang... A bunch of appreciation also goes to my dear Ariff and Akeef (even it was not ur choice). Umi n Ayah always love u, Ariff, Akeef and Adreana and pray for the best, fiddunya wal akhirah...

waa.. besh tue dpt trip pi sabah.
camne keje peg tekno maklumat kena buat kajian bola sepak lak?
tak nmpk kaitan pon.
Thu 6-Dec-2007 07:00
Posted by:zafferiz  - [Link]
Thanks for visiting... Sebenarnya saya nak kena develop sistem e-kejohanan untuk pengurusan kejohanan MSSM. Tu yang kena berkelah tengah2 padang tengok orang main bola tu..
Fri 7-Dec-2007 02:45
Posted by:acik311- afrohah@gmail.com  - [Link]
just wonder. bila agaknya akak dapat anak 3. tengok gambar baru caya...
Wed 12-Dec-2007 10:26
Posted by:junie juniecute@yahoo.com.my
Add comment


Tuesday, 4-Sep-2007 04:21 Email | Share | | Bookmark
Family Day@Damai Laut Resort, Lumut

Adrena dah landing dulu...
Pemandangan di tepi pantai
 
 
Waterfall
Akeef baru nak belajar berdiri dalam swimming pool
View all 11 photos...
On 24-26 Ogos 2007 our family went to Lumut for my hubby company's family fiesta. Last year diorang buat kat Cherating. Seronok jugak tapi nak travel dengan 2 orang budak kecik, dengan sesatnya yang tak bestnya tu. Year before that kat A Famosa Melaka. Masa tu kami tak dapat join sebab my hubby on shift. Tahun 2005 kat PD, masa ni baru2 kawen.

Kami bertolak lebih kurang pukul 6pm dari rumah. KL jammed gila sebab cuti sekolah dan ramai orang nak balik kampung. Sampai Lumut lebih kurang pukul 11. Bebudak ni yang dah layu masa dalam kereta jadi segar bugar tengah-tengah malam tu. Alhamdulillah we really enjoyed the vacation dan hopefully pasni bleh pegi bercuti lagi ke tempat lain pulak...

Care to comment?


Monday, 3-Sep-2007 01:34 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di Kebun Bunga, Penang

Amboi! Tengok apa yang seronok sakan tu?
Sayangnya monkey tu kat baby dia kan umi?
Jalan elok2 Akeef, meh Along pegang...
View all 10 photos...
Pada cuti sekolah yang lepas, kami berpeluang pulang ke Permatang Pauh. 2nd day di kampung, kami berjalan-jalan ke Penang, saja bawak Tok dan cucu-cucunya berjalan. Yang paling excited of course le Ariff dan Akeef especially masa malwat Kebun Bunga. Punya la seronok diorang berjalan sampai terjerit-jerit. Kat sini ada beberapa gambar buat tatapan yang tak dapat join...

Cantik-2 gambar


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Tue 4-Sep-2007 12:00
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
Add comment


Wednesday, 11-Jul-2007 06:29 Email | Share | | Bookmark
Welcome My Little Girl Adreana Najla

Pemandangan dari wad.
Lobi dewan bersalin, Hospital Putrajaya
Nyam..nyam..mimpi apa tu?
View all 6 photos...
Alhamdulillah, hari ni hari pertama kembali bekerja selepas 2 bulan bercuti. Mood nak bekerja semula tu masih dalam proses untuk di'up'kan kembali. Maklum la, dah lama dok umah sama ngan anak-anak.

Tak sangka pulak 3rd baby ni kluar cepat 3 hari dari tarikh jangkaan. Syukur sebab tayah kena induce.

14 April 2007 (Sabtu)
Setelah lama merancang, akhirnya hari ni dapat jugak kami p soping digi cam. Sebelum ni dah survey dah kat JJ dan dah jumpa digicam yang berkenan di hati. Tak kuasa nak merayau jauh-jauh, kami cuma p cari kat The Mines saja, takyah pening2 pikir jam, masa dan parking. Ariff tak ikut sebab mak bawak dia balik Taman Sekamat. So, Akeef la yang bertuah dapat ikut. Akhirnya dapat gak kami memiliki digicam baru setelah hampir setahun digicam lama tu rosak. Sempat jugak la tangkap gambar baby yang bakal kluar ni... Balik dari soping, kami singgah beli sate di stadium dan terus ke rumah mak.

On the way balik lepas soping tu perut dah lain rasa lain macam, dan kita pasan yang that was true 1st stage contraction. Tapi sebab rasa tak teruk sangat, maleh la nak bising2. Time makan sate ramai2 lepas solat maghrib kat umah mak, sakit tu makin terasa setiap 15 minit. Kita bagitau kat abang, rasanya anak abang ni nak kluar dah la esok.

Lepas Isya', balik umah. Time ni pun masih lagi terasa sakit tapi bleh tahan lagi sampai rasa takleh nak tido. Masa tu confius gak, nak g hospital ke tak ye, tapi pikir2 baik tunggu sampai betul2 sakit baru p. Dah pukul 1 lebih baru bleh lelap mata dan time tu sakit pun hilang.

15 April 2007
Pukul 5 pagi tetiba terjaga sebab contraction tu datang balik. Kali dah jadi 10 minit sekali. Rasanya memang dah confirm la baby nak kluar ni. Kita terus bangun, kemas beg Ariff dan Akeef, recheck beg ke hospital, mandi dan solat subuh. Patu kejut abang bagitau dah nak p hospital. Tapi sebelum tu pekena nasik lemak dan milo segelas dulu. Lepas tu makan telur kampung separuh masak 2 biji, petua nak bagi mudah bersalin. Orang kata makan mentah lagi mujarab tapi bila masuk tekak je, terus rasa macam kebang semacam je.

8.10 pagi kami bertolak ke hospital. Ariff dan Akeef dok umah Kak G. Naik kete je, tetiba sakit terus hilang. Eh, biar betul perut aku ni. Kang sampai hospital kang, diorang suruh balik pulak sebab perut ni buat lawak je. Ee... ngerinya kalau kena balik...

8.30 sampai hospital. Dalam pukul 9.15 baru pakai CTR dan pukul 9.45 baru dia check bukaan. 'Dah 6cm ni, alhamdulillah awak boleh bersalin dah kejap lagi ni...' misi tu bagitau. Lega rasanya walaupun heran jugak sebab dah tak rasa sakit langsung. Lepas pecah ketuban, misi suh p labour room. Sebab dia tengok kita relaks je, dia suh jalan kaki je. Sampai labour room, dia suh tukar baju nak bersalin, pastu baring atas katil. 'Eh, biar betul aku dah nak bersalin ni, apsal takde rasa apa pun ni.' Tapi sebab dah misi suruh, kita buat je la. Abang pun dah bleh masuk labour room dan misi pun dah prepare alatan nak sambut baby. Rasanya macam petang ni kot baru baby kluar, tak rasa apa pun...

10.45 pagi midwife datang masuk air. Dari titisan pertama air tu masuk, baru la contraction tu datang balik. Midwife kata, kalau rasa nak teran bagitau ye. Pastu dia selamba je keluar g tah mana2. Eh, takkan dah bleh teran dah kot walaupn ada rasa macam nak teran.

11 pagi midwife datang dan tanya, ada rasa nak teran tak? Sebab maleh nak pikir, kita angguk je. Alhamdulillah kali ni sebab dah ada pengalaman, teknik2 pernafasan dan push tu dah bleh dikawal dan sangat smooth (perasan). Alhamdulillah sekali lagi pukul 11.10 pagi baby ke-3 kami selamat dilahirkan dan secara automatik kita menerima kucupan terima kasih dan sayang dari abang.


Malam hari suasana sepi
Jampuk berbunyi di pohon tinggi
Susah sungguh nak update fp
Asyik sibuk ke sana ke sini
Wed 11-Jul-2007 08:59
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Claim Your Name as Malaysia's Wedding Photographer or Malaysia's Top Wedding Photographer!
Advertise your name on the best advertising system ever invented!
Use this platform to build your name and credibility as Wedding Photographer by choosing either to be listed on Wedding Photographer or Top Wedding Photographer!

Claim Your Name at WeddingPhotographer.com.my!!!
http://www.weddingphotographer.com.my

If you still wanted something best for your name, PUT

YOUR NAME ON TopWeddingPhotographers.com.my
http://www.topweddingphotographers.com.my

For Wedding Services:
You can advertise at JomKahwin! JomKahwin.com.my ::

Malaysia's One Stop Wedding Solutions
http://www.jomkahwin.com.my

Refer to PhotoMalaysia.com posting for more details:
http://www.photomalaysia.com/forums/showthread.php?t=28713
Wed 1-Aug-2007 14:12
Posted by:sales sales@weddingphotographer.com.my  - [Link]
najla si budak montel!! hehehe..
Fri 10-Aug-2007 08:19
Posted by:ijan ijan_ib@hotmail.com
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 3-Jul-2007 06:09 Email | Share | | Bookmark
Anak-anakku

Ariff Najmuddin: 2 1/2 years old
Akeef Nu'man: 1year 4 months
Adreana Najla: 3 months

Bulatnya mata akeef nih.. geram kami tgk..
Mon 9-Jul-2007 04:58
Posted by:ijan
Add comment


Tuesday, 3-Jul-2007 03:48 Email | Share | | Bookmark
Madinah & Mekah

 
 
 
View all 18 photos...

Care to comment?


Tuesday, 3-Jul-2007 01:13 Email | Share | | Bookmark
Ayah's Journey To Perform Umrah

6.30 am di LCCT: My Happy Family.
Akeef bersama Pak Ngah
Dari kiri: Akeef, Pak Ngah dan Ariff
View all 15 photos...
Alhamdulillah ayah telah selamat mengerjakan umrah pada 25 Jun hingga 6 Julai 2007 sebagai ganjaran 'Award of Excellence' dari tempat kerja ayah. Walaupun takde rezeki nak join sebab masih dalam pantang, ummi, Ariff dan Akeef tetap gembira atas peluang yang ayah terima.

Care to comment?


Friday, 1-Sep-2006 08:07 Email | Share | | Bookmark
Pai's convo @IIUM

 
 
 
View all 6 photos...

visiting from fotopages to fotopages.. nice pics u have here.. keep it up...
http://isfanizal.fotopages.com
http://www.snapfever.com
Fri 1-Sep-2006 08:26
Posted by:isfan principal@snapfever.com  - [Link]
Hi!!

We have a small shop selling wedding decorations and sewing materials.
Please visit http://amethyst1810.fotopages.com/ for more information

Thank you
Mon 12-Feb-2007 15:23
Posted by:Nor  - [Link]
Add comment


Friday, 1-Sep-2006 07:22 Email | Share | | Bookmark
Family Fiesta @ Cherating

Ummi, bila nak sampai ni?
Smile!
Akeef nak Melo jugak...
View all 12 photos...

terbeliak mata akeef...
Mon 25-Sep-2006 03:20
Posted by:ijan ijan_ib@hotmail.com
Add comment


Thursday, 6-Jul-2006 07:53 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.